Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Birth:3.1kg; 1 month:4.1kg; 2 months: 4.7kg; 3 months : 5.2kg; 4 months: 5.9kg; 5 months: 6.5kg; 6 months: 7.0kg; 7 months:

Wednesday, April 15, 2009

Fea nak masuk 6 bulan dah

Fea: Ummi, ummi, fea nk tulis dalam bM boleh tak?

Ummi: Boleh, skali skala jer tau.

Fea: Baiklah, Ummi.

meh Fea nak cite meh,
skang Fea dah pandai guling-guling sane sini. Ummi dan ayah takleh tinggalkan Fea sorang-sorang atas katil dah walaupun diorang block dengan bantal.Fea ade kaki yang kuat tau kawan-kawan. Fea tendang jer bantal tu. Bahaya tau tinggal Fea sensorg. Ummi ngan ayah jangan tinggalkan fea macam tu lagi tau.

Ada sekali tu Ummi dan ayah Solat. Ummi biar jer fea baring atas katil. Bese ummi letak dalam bumbo. Agaknye hari tu ummi malas nak amek bumbo kat ruang tamu kot. Semasa diorang solat, Fea merengek dan mengesot - esot sampai hujung katil kalau fea esot lagi skali jer sure fea dah jatuh katil.(nauzubillah). Nasib baik ummi ngan ayah dah abis solat dan perasan fea dah kat ujung katil. Ish ish ish, ummi ni tak belajar lagi ke dari kesilapan yang dulu. Time fea jatuh dari tilam fea tu. Lepas ummi beri salam ummi terus angkat fea dan duduk semule kat sejadah untuk bace doa. Fea suke dok atas ummi lepas solat dan berdoa dengan diorang. Ummi akan pegang tangan fea utk menadah bace doa.

Sekarang Fea dah pandai angkat badan ye kawan-kawan. Tangan fea dah kuat woo. Tapi nak angkat bontot tak boleh lagi. Bontot berat sebab pakai diaper. Ummi, nanti Fea nak togel boleh? best sket. Laju jer Fea boleh gerak nanti. Kawan-kawan nak tgk Fea angkat badan? Rupa seperti biawak ataupon aligator kuar dari air..hehe. Nanti kite suruh ayah amekkan gamba ye. Ayah, bile nak beli camera. Boleh amek gambar Fea ni.

Fea juga dah pandai coordinate tangan Fea. Dah boleh control gitu. Kalau barang besar Fea amek gune dua tangan. Kalau barang kecik jer Fea amek gune satu tangan je sudah la. Eceh, belagak pulak saya ni..hehe. Tapi betul, botol Fea pon Fea pegang sendiri tau. Ayah tak payah la sibok nak pegangkan. Fea ni budak cepat belajar tau! Ummi slalu cakap "clever girl" kat Fea tau~

Fea pantang betul tengok ummi atau ayah minum gune cawan plastik tu. Fea mesti terkam nak cawan tu. Fea tau ade air, mane boleh ummi sorg je minum, fea pon nak jugak tau. Kadang tinggal setitik ummi bagi la Fea minum tapi Fea tak minum pon Fea luih balik. Tak sedap la air tu. Fea suke Susuibu jer.

Sekarang saya dah ada walker. Ayah belikan. Ayah kesian kat nanny asyik kene dukung Fea je kan. Fea tak suke la nak baring lama-lama atas lantai. Bosan la. Playgym ayah belikan tue pon Fea dah bosan sebab tiap-tiap hari mengadap benda tue je. Ayah, beli la Fea mainan baru. Denagan walker tue merata Fea boleh pegi. Lagi senang tak payah nak suruh orang angkat. Buweek. Tapi ummi tak bagi saya dok lama-lama dalam walker sebab kalau boleh ummi nak fea berdikari sendiri. Orang kate secara natural gitu. Owh lupa pulak. Fea tak suka ade satu mainan kat walker fea tu. bunyi dia menakutkan. Bile ummi pusingkan benda tu fea rase seriau. Jantung berdegup kuat sgt lepas tu fea nangis.

Owh hampir terlupa pulak. Next week ummi kata ummi nak bagi Fea makan dah. eeee..seronoknye. Kawan-kawan ada idea tak nak suruh ummi masak kan makanan ape untuk Fea?

Itu saja dari Fea hari ni. Lain hari Fea tulis lagi ye kawan-kawan. Fea sayang kamu semua kerana sudi baca blog Fea ni. Terima kasih, terima kasih
Jumpa lagi ye Kawan-kawan.
___________________________________________________________________
ummi's note:
~ mainan kat walker die tue mmg die takut betul. muka dia macam nampak hantu pulak. Nak suruh ayah record la nanti boleh la letak kat sini kan. hehe



6 comments:

Puan Ninie said...

hehehe
da besar da dia ek..;p

jap jer..
rasa baru jer di acukur jambul aritu..;)

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

ha tue la..cepat jer membesar..
owh rambut die still lagi macam lepas cukur ari tu..rambut tumbuh in patches..ingt nk kene cukur licin balik la nampak gayenye..hehe

Anonymous said...

dulu waktu miya around 5-6 bulan, duduk diam aje tgk we all solat berjemaah. then baca doa sama2, duk atas peha papa dia.

then time dia mula move around & crawl, habih dia tawaf we all solat. bila bg salam aje, terus dia dtg kat papa dia. tau cue nak baca doa.

now dia dah reti berjalan, tak sangka dia ada interest in solat. so i bentangkan towel kecik sebelah sejadah i, as her sejadah. pakaikan dia tudung. then solat olok2 kat situ & as usual, after salam, terus go to papanya, sit on the lap & tadah tgn.

its amazing to see our kids growkan? smarter each day..

wun said...

wah fea cerita macam betul jer ni...patut kul 2 pagi tadi rasa cam ada orang merayap ke komputer je..

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

mama miya: terima kasih sudi jenguk blog saya. saya suke bace blog mama miya..byk betul info..hehe

ha tue la fea pon same..klo nmpk jer umminye pakai telekung die dah tau mase utk solat n die dok senyap jer..bile kile bg salam jer terus die berbunyi dah..tau2 jer dah abis solat..hehe

kejap betul la die ni membesar..nanti nk bg die makan pulak..hehe..

wun: ahahah..xpasal merayap kat comp pepagi buta..merengek nk nenen ade la die tue..smlm 3 kali die bgn nk nenen..lapo betul

Dearests said...

Try masak bubur with lots of different veggies. Brocolli, carrots, a lil bit of tauhu... pastu blend.

Macam Aelyza's first solid food meal dulu. Atau pun, boil sweet potato and pumpkin, then blend. Yang tu nyum nyum.