Lilypie Breastfeeding PicLilypie Breastfeeding Ticker Birth:3.1kg; 1 month:4.1kg; 2 months: 4.7kg; 3 months : 5.2kg; 4 months: 5.9kg; 5 months: 6.5kg; 6 months: 7.0kg; 7 months:

Wednesday, October 13, 2010

Update tentang diri saya~

Sekarang saya suka bangun tengah2 malam mintak air. Haus la tekak ni, panas betul malam2. tak tahan.

Saya tak suka pergi school. Bosan la. Takda activity. Kalau duduk rumah macam2 saya boleh buat dengan bebas. Terpaksa la ummi dan ayah kemas. hehe

Ummi dan ayah tak boleh tinggalkan saya dimana2 sebab saya akan mula mencari jika tidak nampk mereka depan mata. Jangan main-main, kalau saya menjerit satu Malaysia boleh gegar tau.

Saya dah pandai letak barang di tempat asal saya ambil. Jika saya ambil sikat dalam laci maka selepas sikat rambut saya dan ummi saya akan letak balik dalam laci tu. Snenag, nanti takde la ummi tercari2 barang tu kan.

Apabila saya lihat ayah dan ummi bersiap2 solat saya pon mencapai telekung saya dan suruh ummi pakaikan. Saya akan berdiri disebelah ummi (sekejap je lepas tu saya lari sana sini..hehe tp telekung saya sangkut balik kat tempat asal tau)

Ummi selalu suruh saya usap2 perut ummi dan cakap kat perut tapi saya tak faham kenapa. slelau cakap benda sama. "ni adik fea", "fea dah jadi kakak" dan macam2 lagi la. Ayah pon cakap dengan perut ummi, memang sangat pelik.

Saya ada naughty side jugak..heh..saya tidak tahu kenapa saya suka tumpahkan makanan dan air atas lantai. Selamba je saya curah walaupun ummi atau ayah tengah memerhatikan saya. Rasa macam tak buat salah. Tapi kalau ayah bagi kain dan suruh lap saya patuhi.

Ummi selalu puji saya, Good girl, clever girl, anak ummi comel, pandainya sofeah ni dah kata-kata pujian lain yang membuatkan saya senang hati.

Terima kasih kerana membaca...

No comments: